2011年12月5日星期一

Refleksi Rancangan Harian 3-D Shapes

REFLEKSI 

Kekuatan
Kekuatan saya dalam menjalankan pengajaran makropengajaran ini ialah saya menggunaankan bahan bantu mengajar yang menarik seperti model bentuk 3-D dan gambar 3-D. Hal ini menjadikan murid saya memberi tumpuan atau perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan penggunaan model bentuk 3-D penjelasan saya senang difahami oleh murid.
Kekuatan seterusnya dalam menjalankan pengajaran makropengajaran ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara saya yang lantang memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaram yang diajarkan oleh saya. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan topic saya. Ini menjadikan murid lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Kekuatan akhir ialah memberikan arahan yang jelas. Arahan yang jelas memainkan peranan dalam kefahaman murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.


KELEMAHAN
Kelemahan yang dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran saya dalam makropengajaran ialah masalah mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang dibuat oleh saya, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan langkah-langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
           

LANGKAH MENGATASI
Kelemahan yang dikesan perlu ditambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran saya pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam tugasan makropengajaran saya, penambah baikan perlu dilakukan iaitu ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam ranangan pengajaran hari. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
           







没有评论:

发表评论